Pages

Thursday, July 17, 2014

Double Standard: Bank Rakyat beri layanan istimewa kepada kroni

Dua minggu lalu, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) telah mendapat beberapa dokumen penting yang menjadi bukti campur tangan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam hal ehwal pentadbiran Bank Rakyat semata-mata untuk menyelamatkan seorang niagawan yang dilaporkan rapat dengan Perdana Menteri dan isterinya, iaitu Deepak Jaikishen.
Kesemua 13 dokumen yang diserahkan kepada NOW melibatkan surat menyurat rasmi di antara Bank Rakyat dan Menteri terbabit, kertas-kertas Lembaga Pengarah, memo dalaman dan lain-lain.

Thursday, November 21, 2013

SPRM ACUH TAK ACUH MENYIASAT RASUAH MEMBABITKAN AHLI POLITIK


RAFIZI RAMLI
YB Dato’ Senator Paul Low menjawab soalan lisan saya mengenai jumlah laporan rasuah yang diterima terhadap ahli politik di antara 2010 hingga kini dan jumlah siasatan yang dibuka. Saya juga bertanyakan dari jumlah itu, berapa kes yang dihantar kepada Peguam Negara dan berapa kes yang berakhir dengan pendakwaan.

Jawapan yang diberikan Menteri adalah pendek dan mengelak dari menjawab soalan yang sebenarnya. Jawapan ringkas itu hanya berbunyi:

“Sepanjang tahun 2010 hingga Ogos 2013, SPRM telah menangkap 9 orang ahli politik dan dari jumlah itu, 5 orang telah didakwa di mahkamah”.

Soalan yang saya ajukan cuba mengesahkan bahawa SPRM ada melakukan siasatan terhadap ahli-ahli politik tetapi kertas pendakwaan ditolak oleh Peguam Negara. Oleh itu, statistik berapa siasatan yang ditolak oleh Peguam Negara adalah penting untuk mengesahkan dakwaan SPRM selama ini bahawa Peguam Negaralah yang bertanggungjawab melindungi SPRM.
 50% Welcome BONUS. Click here
Walau bagaimana pun, keengganan SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengesahkan berapa siasatan yang dibuka terhadap ahli politik dan berapa kertas siasatan yang dihantar kepada Peguam Negara menunjukkan bahawa SPRM pun acuh tidak acuh dalam memerangi kegiatan rasuah di kalangan ahli politik. Dari jawapan di Parlimen ini, saya boleh merumuskan bahawa SPRM pun turut sama melindungi ahli politik yang rasuah seperti mana Peguam Negara.

Wednesday, October 30, 2013

Bekas Ketua Pengarah Imigresen dijel 6 tahun


KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don dihukum penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas disabitkan bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan berhubung meluluskan visa pekerja Bangladesh, lima tahun lalu.

Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan Wahid untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebaliknya diarahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Sekiranya gagal membayar denda, Wahid juga bakal berdepan hukuman penjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Wahid didakwa menerima suapan RM60,000 daripada Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan bagi 4,377 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki Malaysia.

Sunday, July 28, 2013

SPRM Siasat Projek RM30 Juta


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes penyalahgunaan kuasa terhadap kegagalan sebuah projek RM30 juta yang dijalankan oleh sebuah anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar di negara ini.
SPRM, dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan siasatan kerana projek itu tidak menjadi kenyataan walaupun telah menelan belanja "berpuluh-puluh juta ringgit".
"Siasatan ini melibatkan semua aspek projek ini," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Difahamkan SPRM telah mengheret beberapa pegawai kanan anak syarikat, yang terlibat dalam pemprosesan makanan, untuk disoal siasat bagi membantu siasatan yang bermula lewat tahun lepas.
Mereka yang terlibat dijangka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan tersebut, kes itu turut diikuti beberapa orang berprofil tinggi yang melibatkan pegawai-pegawai tinggi GLC.