Pages

Sunday, July 28, 2013

SPRM Siasat Projek RM30 Juta


PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes penyalahgunaan kuasa terhadap kegagalan sebuah projek RM30 juta yang dijalankan oleh sebuah anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbesar di negara ini.
SPRM, dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah memulakan siasatan kerana projek itu tidak menjadi kenyataan walaupun telah menelan belanja "berpuluh-puluh juta ringgit".
"Siasatan ini melibatkan semua aspek projek ini," kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Difahamkan SPRM telah mengheret beberapa pegawai kanan anak syarikat, yang terlibat dalam pemprosesan makanan, untuk disoal siasat bagi membantu siasatan yang bermula lewat tahun lepas.
Mereka yang terlibat dijangka akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan tersebut, kes itu turut diikuti beberapa orang berprofil tinggi yang melibatkan pegawai-pegawai tinggi GLC.